chop!

Rabu, 12 November 2014

WANITA DAN KEPUTIHAN


Apakah itu keputihan?

Di kalangan pakar perubatan, keputihan dikenali dengan istilah Leucorrhoea atau Fluor Albus. keputihan sebenarnya adalah cairan yang keluar dari vagina. Dalam bahasa mudah terdapat dua jenis keputihan iaitu normal dan abnormal (jangkitan mikroorganisma) dan remaja hanya perlu prihatin dengan jenis keputihan kedua ini.

Keputihan yang normal
Dalam keadaan normal, lendiran yang keluar adalah bening, tidak berwarna, tidak berbau dan tidak gatal. Keputihan normal ini juga boleh dijadikan ukuran paras kesuburan.Sekiranya lendiran putih bening ini yang beranggaran 20cm,ianya menandakan waktu yang sangat subur bagi seseorang wanita. Lendiran ini juga dikenali dengan nama ovulasi.

Keputihan yang abnormal

Merupakan lendiran yang keluar seperti susu basi, likat dan liat berwarna kekuningan atau kadang-kadang seperti gumpalan keju yang boleh menimbulkan rasa gatal. Sekiranya agak parah, cairan ini boleh berwarna keabuan sehingga kehijauan dan berbau hanyir serta busuk.

Punca keputihan abnormal

Ada beberapa sebab berlakunya keputihan abnormal.

Antaranya ialah:

1. Ketika terlalu letih.

2. Berada dalam situasi yang sangat tertekan.

3. Jangkitan.

Bagaimana Mengenali jenis-jenis jangkitan

Sekiranya remaja merasakan telah berlaku keputihan yang abnormal pada diri maka mengenali gejala dan melakukan rawatan yang sewajarnya supaya penularan dapat dibendung dari awal lagi.

Jom cuba kia kenali gejala jangkitan mikroorganisma :

1. Kulat Candida atau Monilia

Warna putih susu, likat, berbau yang agak kuat dan vagina menjadi gatal.

2. Parasit Trichomonas Vaginalis
Cairan keputihan akibat parasit kental, berbuih, berwarna kuning atau kehijauan dengan bau hanyir.

3. Bakteria Gardnella
Boleh membuatkan vagina rasa gatal dan sangat terganggu. Warna cairannya adalah keabuan, berair, berbuih dan berbau hanyir.

4. Virus
Keputihan akibat infeksi virus juga sering ditimbulkan akibat penyakit kelamin seperti Condyloma, herpes, HIV / AIDS.

5. Benda asing

Perkara yang satu ini sering diabaikan, namun sebenarnya ia sangat penting. Benda-benda yang tidak sengaja masuk ke dalam vagina seperti rambut ataupun benang dari seluar dalam.


Untuk memudahkan wanita,terutama sekali gadis remaja membezakan antara simtom jangkitan ataupun ia hanya sekedar cecair normal .Berikut adalah antara warna cecair atau lelehan dari faraj yang perlu kenali dan turut diberi perhatian:-
  •  warna jernih
Lelehan yang berwarna jernih dan banyak lendir tetapi tidak berbau adalah gejala normal dan tidak perlu dirisaukan. Lazimnya lelehan jernih tidak berbau ini keluar 2 minggu sebelum haid, ketika subur atau apabila hormon estrogen berlebihan .Kedaan seperti ini juga turut dialami oleh kebanyakan wanita hamil.
  • warna putih
Namun jika lelehan yang keluar berwarna putih, berair dan berbau busuk, rasa gatal di bahagian kemaluan  serta rasa sakit ketika membuang air kecil maka berkemungkinan besar ia adalah jangkitan disebabkan oleh sejenis kulat.Kulat ini juga dikenali sebagai candida albicans dan merupakan gejala paling kerap berlaku kepada wanita apabila pH faraj tidak lagi seimbang. 
  • warna putih pekat 
Seandainya lelehan yang keluar berwarna seperti susu pekat, melekit, sangat banyak ,berbau busuk,selalunya disebabkan telah berlaku radangan pada serviks dan faraj.Kelewatan merawat untuk mengembalikan keseimbangan bakteria boleh menjadikan ia  berambah teruk.Adakala ia akan bertukar warna menjadi seperti susu basi dan  keadaan ini juga turut berpunca daripada jangkitan kulat candida albicans yang sama.
  • warna coklat
Keluar cecair atau lelehan yang berwarna coklat, berair, sangat banyak dan lembap merupakan simtom gangguan pembuluh darah pada serviks atau endometriosis. Adakalanya,warna coklat juga berlaku disebabkan oleh perdarahan seperti keguguran, haid tidak teratur ataupun darah segar yang apabila kering bertukar warna menjadi coklat.
  • warna merah muda
Sementara bagi yang mengeluarkan cecair atau lelehan yang berwarna merah muda, cair, sangat banyak tetapi tidak berbau maka berkemungkinan terdapat jangkitan bakteria yang tidak khusus. Biasanya ini berlaku selepas bersalin. Selain daripada itu, ia juga mungkin haid, pendarahan di pangkal rahim, faraj atau masalah dalam rahim. Antara lain, gejala ini juga turut berlaku ketika mengalami masalah hormon estrogen berlebihan.




 

1 ulasan: