chop!

Memaparkan catatan dengan label stress. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label stress. Papar semua catatan

Khamis, 30 Oktober 2014

IBU STRESS URUSKAN ANAK-ANAK?

Menjadi seorang ibu bukannya mudah seperti yang difikirkan.Kadang ada ketika terdetik dalam fikiran penatnya menjadi seorang ibu.Tekanan dan stress sebenarnya ada di mana-mana,yang penting kita sebagai ibu bijak menangganinya . Saya ada tip yang mudah untuk dikongsikan dengan anda semua untuk kurangkan tekanan dalam kehidupan sebagai seorang ibu.



Antara tip yang boleh kurangkan tekanan dan hidup lebih ceria adalah :

  1. Tekanan dan stress adalah satu sistem penggera semulajadi yang ada dalam badan manusia.Rasa tertekan sebagai seorang ibu adalah pekara biasa .Jadi tidak perlu risau ok.Teruskanlah hidup anda seperti biasa.
  2. Dapatkan pertolongan daripada ahli keluarga atau rakan terdekat jika anda berasa sangat tertekan. Minta tolong suami untuk bantu anda dalam urusan anak-anak atau luahkan perasaan pada ibu atau kakak jika benar-benar tertekan.
  3. Manjakan diri anda dengan aktiviti-aktiviti yang menarik hanya untuk anda seperti pergi ke spa,membeli belah,keluar bersama rakan-rakan perempuan dan sebagainya.
  4. Utamakan apa yang perlu.Memang tidak dinafikan sebagai seorang ibu tentu banyak yang perlu anda fikirkan untuk anak-anak.Sesekali kurangkan aktiviti anda bersama anak-anak,sekurang-kurangnya anda dapat berehat.
  5. Penting untuk anda percayakan diri anda sendiri sebagai seorang ibu.Tidak perlu membandingkan cara anda dan ibu lain membesarkan anak-anak kerana anda mempunyai cara tersendiri yang mugkin lebih baik dari ibu-ibu lain.
  6. Jangan lupa untuk menjaga diri anda juga.Jaga makan,tidur yang cukup dan bersenam 3 kali dalam seminggu serta banyakkan berdoa semasa kita mendirikan solat supaya dipermudahkan oleh-Nya dalam melakukan kerja-kerja kita seharian.
  7. Mengetahui tanda-tanda anda tertekan adalah juga penting supaya anda dapat bertenang dan mengawal kemarahan sekiranya anak-anak buat perangai.
  8. Jalani kehidupan yang lebih menyeronokkan dengan keluarga anda.Keluar berkelah dihujung minggu ,menonton wayang bersama ,bergelak ketawa pasti anda akan berasa lebih tenag tanpa sebarang tekanan.