chop!

Khamis, 30 Oktober 2014

IBU STRESS URUSKAN ANAK-ANAK?

Menjadi seorang ibu bukannya mudah seperti yang difikirkan.Kadang ada ketika terdetik dalam fikiran penatnya menjadi seorang ibu.Tekanan dan stress sebenarnya ada di mana-mana,yang penting kita sebagai ibu bijak menangganinya . Saya ada tip yang mudah untuk dikongsikan dengan anda semua untuk kurangkan tekanan dalam kehidupan sebagai seorang ibu.



Antara tip yang boleh kurangkan tekanan dan hidup lebih ceria adalah :

  1. Tekanan dan stress adalah satu sistem penggera semulajadi yang ada dalam badan manusia.Rasa tertekan sebagai seorang ibu adalah pekara biasa .Jadi tidak perlu risau ok.Teruskanlah hidup anda seperti biasa.
  2. Dapatkan pertolongan daripada ahli keluarga atau rakan terdekat jika anda berasa sangat tertekan. Minta tolong suami untuk bantu anda dalam urusan anak-anak atau luahkan perasaan pada ibu atau kakak jika benar-benar tertekan.
  3. Manjakan diri anda dengan aktiviti-aktiviti yang menarik hanya untuk anda seperti pergi ke spa,membeli belah,keluar bersama rakan-rakan perempuan dan sebagainya.
  4. Utamakan apa yang perlu.Memang tidak dinafikan sebagai seorang ibu tentu banyak yang perlu anda fikirkan untuk anak-anak.Sesekali kurangkan aktiviti anda bersama anak-anak,sekurang-kurangnya anda dapat berehat.
  5. Penting untuk anda percayakan diri anda sendiri sebagai seorang ibu.Tidak perlu membandingkan cara anda dan ibu lain membesarkan anak-anak kerana anda mempunyai cara tersendiri yang mugkin lebih baik dari ibu-ibu lain.
  6. Jangan lupa untuk menjaga diri anda juga.Jaga makan,tidur yang cukup dan bersenam 3 kali dalam seminggu serta banyakkan berdoa semasa kita mendirikan solat supaya dipermudahkan oleh-Nya dalam melakukan kerja-kerja kita seharian.
  7. Mengetahui tanda-tanda anda tertekan adalah juga penting supaya anda dapat bertenang dan mengawal kemarahan sekiranya anak-anak buat perangai.
  8. Jalani kehidupan yang lebih menyeronokkan dengan keluarga anda.Keluar berkelah dihujung minggu ,menonton wayang bersama ,bergelak ketawa pasti anda akan berasa lebih tenag tanpa sebarang tekanan.

Selasa, 28 Oktober 2014

PUNCA KETIDAKSUBURAN

Selepas enam bulan mencuba untuk hamil namum gagal, anda dan suami harus mendapatkan pemeriksaan doktor bagi mengenalpasti punca ketidaksuburan di kedua-dua belah pihak.

WANITA
GANGGUAN TELUR
Keseimbangan hormon penting untuk hamil. Hormon yang tidak seimbang akan menjadi proses ovulasi terganggu dan menyebabkan telur tidak matang. Keseimbangan hormon boleh terganggu jika anda mempunyai berat badan yang kurang atau terlalu berat.,mengalami perubahan berat badan yang mendadak dalam masa yang singkat dan mahupun kelenjar tiriod tidak berfungsi denga baik. Oleh itu ujian hormon boleh dilakukan untuk kenalpasti puncanya.


SALURAN FOLLOPIO TERSUMBAT
Masalah ini berlaku mungkin disebabkan oleh jangkita kuman yang menyebabkan sebahagian atau sepenuhnya tiub follopio tersumbat. Antara sebab lain yang mungkin berlaku adalah kandungan di luar rahim di mana janin menempel di tiub fallopio dan bukannya rahim atau ia disebabkan oleh endometriosis .Ujian HSG atau Laparoshopi(Hysterosalpingogram)dapat mengenal pasti punca masalah ini.


ENDOMETRIOSIS
Ia berlaku apabila endometrium (tisu dari selaput rahim) berkembang dan tumbuh di luar rahim.Mungkin terdapat sedikit tisu endometrium yang melalui tiup follopio ke ruang perut semasa kitaran haid. Hal ini menyebabkan organ berdekatan perut melekat sesama sendiri dan menyebabkan kesakitan haid. Laporoskopi akan membantu punca dikenal pasti.

DISERANG ANTIBODI
Dalam kes yang jarang berlaku ini,tubuh tidak dapat mengenalpasti sel telurnya dan sistem imunisasi akan membentuk antibodi yang akan menyerang sel gamet(telur dan sperma). Kes dimana antibodi menyerang sel sperma lelaki lebih banyak berlaku.Disebabkan itu sel sperma tidak dapat memasuki bahagian rahim dan persenyawaan tidak dapat dilaksanakan.

MASALAH PADA RAHIM
Fibroid rahim adalah ketumbuhan yang sering terjadi kepada wanita.Ia adalah keadaan dimana terdapat ketumbuhan di dalam rahim(tidak mengakibatkan kanser) yang terbentuk daripada lapisan otot dan tisu penghubung di dalam rahim. Ia boleh membesar dan menyebabkan kesakitan semasa haid. Pemeriksaan ultrasound boleh membantu mengenalpasti punca masalah ini.

LELAKI
SPERMA TIDAK MATANG

Masalah berlaku apabila lelaki tidak dapat menghasilkan sperma normal yang bergerak bebas dan mencukupi. Kegagalan menghasilkan sperma mencukupi mungkin berpunca daripada jangkitan kuman semasa kanak-kanak.Pembuluh darah yang membengkak pada alat sulit kelamin boleh membawa kepada masalah kualiti sperma yang rendah. Penyebab lain adalah gangguan hormon,tekanan perasaan ,faktor alam sekitar,masalah keturunan seperti kerosakan pada genetik.Jangkitan virus seperti selesema juga boleh membawa kepada kekurangan kualiti sperma tetapi ia hanya bersifat sementara.Analisis sperma diperlukan untuk kenalpasti masalah ini.

GANGGUAN PENGANGKUTAN SPERMA
Dalam 4% daripada kes-kes ketidaksuburan lelaki ,air mani mencukupi dapat dihasilkan tetapi tidak dapat memasuki tubuh wanita kerana salut duktus yang mengankut air mani tersebut tersumbat.Situasi ini sama dengan masalah tiup follopio tersumbat.



Ahad, 26 Oktober 2014

AIR KOSONG...BERAPA BANYAK PERLU DIMINUM?..

Pengambilan air yang mencukupi secara konsisten akan membekalkan sumber mineral terpenting dalam keseimbangan tubuh badan kita.

Antara fungsinya ialah:

  • Untuk memastikan tubuh tidak terhidrat dan mengawal suhu tubuh pada tahap yang normal.
  • Memastikan supaya organ-organ seperti mulut,mata dan hidung sentiasa dalam keadaan lembab dan boleh berfungsi dengan baik.
  • Mengurangkan bebanan kerja buah pinggang dalam berfungsi menyingkirkan bahan buangan dan toksin melalui air kencing.
  • Air juga adalah agen bagi membawa nutrien dan oksigen kepada sel tubuh yang memerlukan.
  • Air bertindak juga sebagai agen pelincir pada sendi-sendi dan dapat elakkan mendapat penyakit sendi dalam jangka masa panjang.
  • Melarutkan semua mineral bagi penyerapan oleh tubuh badan kita.


Formula pengiraan bagi mengetahui jumlah air yang perlu diminum dalah seperti berikut:

Sebanyak 1 liter untuk setiap 25kg berat badan kita.
contohnya : katakan berat badan anda 75kg maka pengiraannya ialah:
25kg=1liter
75kg bahagi 25 kg = 3liter
maka jumlah air yang diperlukan oleh tubuh anda ialah 3 liter sehari.


Minum air pada kuantiti yang diperlukan oleh tubuh kita secara sekaligus adalah cara yang salah.Misalnya badan anda memerlukan 2 liter sehari,maka anda meminum dan menghabiskan air sebanyak itu selama 2 jam sahaja.Perbuatan tersebut adalah sama sekali salah kerana badan kita tidak dapat bekalan air yang berterusan untuk menampung pelbagai proses di dalam badan setiap hari.Jadikan rutin meminum air setiap setengah jam sebagai amalan. Pastikan anda mengambil air pada kuantiti yang kecil seperti segelas setiap kali minum dan usah tunggu sehingga rasa haus untuk minum air. penyakit seperti cirit-birit,muntah,batu karang dan jangkitan pada pundi kencing memerlukan kuantiti air yang banyak untuk memulihkan kualiti kesihatan anda. Bagi pesakit kegagalan buah pinggang dan hati pula perlu merujuk kepada pakar untuk mengetahui jumlah air yang perlu diambil kerana pesakit penyakit ini tidak boleh meminum air dalam jumlah yang banyak. Jika anda bersukan pengambilan air sebelum , semasa dan selepas bersukan adalah disarakan untuk mengantikan air yang keluar dari badan melalui proses perpeluhan.Jika anda adalah ibu yang sedang hamil atau sedang menyusukan bayi,pengambila air yang lebih iaitu 3 hingga 4 gelas sehari adalah disarankan.


Tanda-tanda badan kita terhidrat ialah:
  • kepenatan
  • keletihan
  • kekeringan di dalam mulut
  •  rasa sakit ketika kencing
  • gejala sembelit
  • sakit kepala
  • pertambahan berat badan
  • sakit otot
  • ketidakstabilan emosi

Kelebihan meminum air yang mencukupi:
  • melancarkan proses dalam sistem tubuh badan
  • menyahtoksikkan badan dengan cara semulajadi
  • kulit akan sentiasa lembab dan awet muda
  • melambatkan proses pengecutan kulit
  • badan sentiasa cergas dan ringan disamping membantu kurangkan berat badan.

INFO: Jangan meminum air terlalu banyak kerana khuatir akan menyebabkan jumlah elektrolit dalam badan akan hilang. Untuk mengantikan elektrolit yang hilang anda disarankan untuk meminum minuman isotonik atau menambah secubit garam di didalam air kosong sebelum minum.



RAHSIA PEMAKANAN ILMUWAN ISLAM



MADU

Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia sebagai shifa(penyembuh penyakit) . Madu didapati berkesan untuk merawat penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan otak bekerja seperti berfikir,membaca , merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh sehari pada waktu pagi dan malam.






KISMIS


Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan menghadap kiblat ,membaca bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.



SUSU SEGAR

Susu berguna untuk kesihatan otak,menajamkan ingatan,membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing,biri-biri dan lembu yang segar.Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.




TELUR

Amat bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Pakar perubatan kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang terbaik adalah telur ayam kampung.





HALIA

Sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa yang dimakan dalam kuantiti yang sedikit pada waktu pagi.





DELIMA

Nabi Muhammad SAW besabda :" Seaiapa yang memakan buah delima keseluruhannya , sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari."







Rabu, 22 Oktober 2014

GLA Shaklee

Apa itu GLA ..tentu ramai yang tak biasa dengar kan? Bagaimana dengan Evening Primmrose Oil (EPO)?EPO ialah sumber dimana GLA (Gamma-Linolenic Acid) dihasilkan. Kebanyakan produk dipasaran menggunakan GLA yang dihasilkan daripada EPO.
Berbeza dengan Shaklee GLA Complex, GLA yang digunakan diekstrak dari bunga herba Borage dimana:


:. Mengandungi GLA 2 kali ganda lebih tinggi berbanding EPO.

:. 3 kali ganda lebih bioavailabiliti dan 3 kali ganda lebih berkesan berbanding EPO.

:. Shaklee menggunakan GLA yang diekstrak dari Borage yang ditanam secara organic.

:. Dilindungi oleh Shaklee Guard iaitu antioksidan semulajadi yang dipaten untuk secara eksklusif untuk memastikan kestabilan dan kesegaran produk.

~bunga herba borage~
Kebaikan Shaklee GLA Complex;

  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  • Membantu meningkatkan kesuburan
  • Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
  • Membantu dalam menangani menopus
  • Menguatkan kuku dan rambut
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
  • Membantu menangai ekzema
  • Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
  • Menguatkan imuniti tubuh
  • Memperlahankan proses penuaan
  • Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
  • Mengawal kencing manis dan darah tinggi
  • Mengawal kolesterol
  • Untuk fungsi saraf 




Setiap kapsul GLA Complex mengandungi lebih 300mg GLA yang merupakan sumber terbaik Omega-6. Ia digabung dengan minyak bunga matahari dan vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya. Bioavailabilitinya telah dibuktikan secara klinikal dimana ia mampu menyerap kedalam sel dan tisu manusia dengan baik.



GLA Complex amat disarankan untuk mereka yang;

  • Ingin mendapat zuriat krn ianya membantu meningkatkan kesuburan suami dan isteri.
  • Mengalami kitaran haid yang tidak tetap.
  • Sering mengalami senggugut. GLA merupakan bahan binaan Prostaglandin yang penting untuk proses kimia dalam tubuh seperti mengawal tekanan darah, pengecutan otot (punca terjadinya senggugut).
  • Mengalami masalah kulit seperti ekzema, kekeringan.
  • Diabetes (jenis 2). GLA membantu mengawal insulin dan paras kolesterol. Juga mengurangkan kesakitan dan kebas-kebas yang biasa dialami oleh penghidap diabetes
  • Masalah berat badan berlebihan yang berkaitan dengan hormon. 
  • Ingin mendapatkan kulit cantik bebas jeragat dan jerawat.
  • Mereka yang menghidap penyakit arthritis reumatid.
Berminat untuk mencuba produk dari shaklee ini..
PM/whatsapp lynn 0135338384 untuk order/keterangan lanjut. 

Formulasi yang dipaten utk herb-lax

Kali ini saya nak ceritakan serba sedikit kandungan yang terdapat si dalam herb-lax shaklee ini. Ianya terdiri daripada 9 herba semulajadi. Terdapat pelbagai khasiat yang mana sifatnya yang menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut terbukti kesesuaiannya secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa yang panjang.

Formulasi yang dipaten adalah terdiri daripada:

Senna leaves
Merangsang tindakan pembersihan yang lembut pada usus dan perut,mempercepatkan proses deroksifikasi dan memgurangkan penyerapan lemak.


Buckhorn bark
Melembutkan najis utk memudahkan pergerakan dan memberikan lembapan kepada usus.



Licorice root
Membantu proses detoksifikasi.



Fennel seeds
Mengeluarkan toksin yang terkumpul akibat lebihan makanan dan pengambilan alkohol,membantu pencernaan dan berkesan untuk masalah  sembelit dan kembung perut atau usus.



Anise seeds
Merangsang pengeluaran jus gastrik untuk membantu proses pencernaan. 



Rhubarb root
Herba yang banyak digunakan dalam perubatan cina untuk digunakan sebagai antibiotik.



Blue malva flower
Membantu proses detoksifikasi dan mengimbangi tekstur kulit.



Culver's root
Membantu masalah lebihan air dalam badan dan asma



Alafafa leaves
Membersihkan usus darah dan hati.



Ternyata herba-herba yang digunakan dalam herb-lax ini mempunyai pelbagai manfaat untuk sistem pencernaan dan untuk proses pembuangan kita.

Jika berminat untuk mencuba produk ini pm/whatsapp lynn 0135338384.   
@order sendiri secara online------>herb lax



Selasa, 21 Oktober 2014

Herb-lax shaklee


Herb-lax shaklee terdiri daripada kombinasi sains perubatan tradisi dan teknologi barat. Ia mengandungi 9 herba semulajadi iaitu alfafa leaves, senna leaves, anise seed blue malva flower,buckhorn bark, licorice root, rhubatb root, fennel seed dan culver's root. Sifatnya yang mengalakkan tindakan pembersihan yang lembut terbukti kesesuaiannya secara klinikaluntuk digunakan oleh tubuh kitauntuk jangkamasa yang panjang.

Manfaat utama herb-lax:
•pembersihan najis yang tersekat
•merangsang usus utk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan la dalam tubuh kita
•sangat membantu pada sesiapa yang ada masalah sembelit
•mengempiskan perut
•membantu dalam mengurangkan atau memberikan kepejalan pada perut.



Berminat untuk mencuba produk dari shaklee ini..pm/whatsapp saya 0135338384
atau order sendiri melalui online ------>untuk usus yang sihat





Isnin, 20 Oktober 2014

KEBAIKAN MEALSHAKE UNTUK ANAK ANDA.

oopss..rasanya sudah lama tidak mengupdate entri..hehe..tersibuk lagi la plak..kali ini saya nak cerita sedikit tentang kebaikan mealshake untuk anak-anak anda.mealshake memang berkesan untuk menjaga kesihatan kanak-kanak.testimoni daripada saya sendiri pun ada tau.saya bagi anak sulung saya sehari satu sudu.campur dalam susu yang dia minum.dulu anak saya kerap demam dan selsema.makan pun kene bekejar-kejaran dalam rumah. setelah lebih kurang 4 bulan saya beri dia minum mealshake dia kurang demam dan selsema.makan pun beselera.tengah-tengah malam pun mintak nasi.hehe..


ANTARA KEBAIKAN MEALSHAKE UNTUK ANAK ANDA

o Sangat sesuai untuk kanak-kanak 1 tahun keatas.
o    Sesuai juga untuk seisi keluarga
o    Rendah lemak namun kaya dengan 19 vitamin utama,protein dan fiber serta kalsium yang sangat diperlukan untuk tumbesaran kanak-kanak
o    Memberikan tenaga dan menguatkan system imun kanak-kanak
o    Memberikan kecergasan dan meningkatkan kesihatan
o    Mengurangkan eczema kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa
o    Menigkatkan selera makan kanak-kanak
o    Jika yang kerap demam lazimnya akan kembali sihat lebih cepat dari biasa
o    Pilihan terbaik untuk mereka yang sukar untuk menelan makanan tambahan berbentuk “tablet”.
o    Menangani masalah sembelit di kalangan kanak-kanak
o    Sangat sesuai untuk kanak-kanak yang obesiti.
o    Rasanya sangat sedap yang beperisa vanilla yang menjadi kegemaran kanak-kanak.





berminat untuk mencuba produk dari shaklee ini..
ingin order /sebarang pertanyaan hubungi saya di nombor 0135338384 @
anda boleh order sendiri melalui online klik----->untuk anak yang sihat