chop!

Isnin, 3 November 2014

ANAK DEMAM??..ADA PETUA KURANGKAN DEMAM..

Demam adalah penyakit biasa yang akan menyerang semua orang termasuk bayi dan kanak-kanak.Memang kita tidak senang duduk jika anak-anak kita terutam bayi demam khususnya demam panas. Biasanya serangan demam akan menyebabkan suhu badan si kecil meningkat dan panas, tidak bermaya dan tidak aktif seperti biasa. Ia amat merisaukan ibu bapa terutama yang perlu meninggalkan anak di bawah jagaan pengasuh.

Bahkan bayi dan anak-anak kecil yang demam akan kerap merengek kerana tidak selesa dengan keadaan suhu badan yang panas. Berikut antara petua tradisional menurunkan suhu badan yang panas.petua ini ibu dan ibu mertua saya yang bagi pada saya.


  1. Ambil beberapa helai daun bunga raya dan ramas sehingga hancur. Kemudian sapukan di kepala dan ubun-ubun bayi atau anak kecil. Ulang beberapa kali sehingga demam anak berkurangan.

  1. Beri anak kecil minum air kelapa muda dua kali sehari. In shaa Allah, panas badannya akan turun.

  1. Tumbuk beberapa biji bawang merah dan ambil air perahannya. Sapukan pada badan anak yang demam.

  1. Ambil sebuku asam jawa, ramas dengan sedikit air. Sapukan pada ubun-ubun dan seluruh kepala. Biarkan air asam jawa itu kering dengan sendiri. Lakukan berulang kali sehingga suhu panas berkurangan.

  1. Ambil beberapa helai daun sirih dan sebiji buah pinang. Tumbuk kesemua bahan sehingga hancur lumat dan campurkan dengan sedikit air suam. Sapukan pada kepala anak. Lakukan tiga kali sehari sehingga demam anak reda.

  1. Ambil beberapa helai daun rambutan(rambutan masam).Ramaskan daun tersebut di dalam air sehingga keluar lendir.Sapukan pada ubun-ubun dan seluruh kepala.Biarkan ia kering.Lakukan berulang kali sehingga suhu panas turun.(anak-anak saya serasi dengan petua ini) 
Petua-petua yang dinyatakan adalah sekadar kaedah tradisional untuk kurangkan suhu semasa berada di rumah sahaja.Jika demam anak-anak anda berlarutan hendaklah dibawa ke hospital untuk rawatan selanjutnya oleh doktor yang lebih pakar. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan