chop!

Rabu, 5 November 2014

TAHNIAH..ANDA HAMIL..

AMALAN TERBAIK UNTUK IBU HAMIL

Sebaik sahaja anda diahkan hamil,anda perlu menjaga kandungan sebaik mungkin dan elakkan daripada melakukan aktiviti yang boleh mendatangkan kemudaratan ke atas anda mahupun kandungan anda.
di sini saya ingin kongsikan serba sedikit amalan terbaik untuk bakal ibu-ibu di luar sana.

MENJAGA TINGKAH LAKU
Semasa hamil emosi si ibu memang tidak stabil dan sangat mudah menjadi marah. Namun si ibu perlu bijak mengawal emosi dengan menjaga tutur kata dan tingkah laku supaya tidak menunjukkan akhlak yang buruk.Anak di dalam kandungan sentiasa mendegar suara persekitarannya.Jadi tuturkalah dan dengarkalah perkara kebaikan sepanjang kehamilan anda. Tujuannya adalah supaya si anak dapat mendengarinya sekaligus akan mewarisi sifat-sifat yang baik itu.

DIDIKKAN DI ALAM RAHIM
Para pakar perubatan sependapat bahawa anak-anak boleh dididik menjadi pintar dan berakhlak mulia sejak di dalam rahim ibu lagi. Apabila janin meningkat usia empat bulan,si ibu hendaklah mengawal segala tindak tanduknya kerana pada tempoh tersebut,Allah S.W.T telah meniupkan roh ke atas janin yang dikandunginya. Pada waktu inilah janin sudah mendengar dan mengamati keadaan persekitaran yang berlaku.Si ibu hendaklah menunjukkan contoh yang baik bagi melahirkan anak yang patuh dan mendengar kata ibu dan ayah.Patuh mentaati perintah Allah S.W.T dan taat pada suami iannya akan mewarisi sifat itu terhadap anak yang bakal lahir.


BERIBADAH
Apabila si ibu dan ayah rajin beribadah,Insyaallah si anak yang bakal lahir juga akan mewarisi sifat tersebut. Si anak yang dilahirkan dalam suasana tetap beribadah akan menunjukkan kesungguhannya untuk menunaikan solat dan sensitif dengan kalimah Tuhan apabila usianya berginjak 2 tahun.

KOMUNIKASI
Selain solat,ibu hamil juga disarankan untuk mengucapkan kalimah-kalimah yang baik-baik.berbisiklah pada bayi dalam kandungan kalimah-kalimah suci memuju Tuhan Nescaya si anak mendengar dan sentiasa mendoakan yang terbaik buat ibunya.

MEMBACA AL-QURAN
Banyakkan membaca Al-Quran,bertahlil,berzanji,marhaban berzikir,berselawat ,berdoa dan amalkan amalan sunat agar anak yang bakal lahir menjadi anak yang soleh dan solehah.
SURAH AMALAN YANG TERBAIK KETIKA MENGANDUNG
Antara surah yang digalakkan untuk diamalkan sepanjang tempoh kehamilan ialah:
surah al fatihah
surah ayatul kursi
surah yassin
surah yussuf
surah maryam
surah luqman
JAGA PEMAKANAN
Selain menjaga tingkah laku dan memperbanyakkan amalan-amalan sunat,ibu hamil juga digalakkan untuk mengamalkan pemakanan yang sihat sepanjang tempoh kehamilan.
NUTRIEN TERBAIK UNTUK IBU HAMIL 
Antara nutrien terbaik untuk ibu hamil ialah:
protein
karbohidrat dan lemak
kalsium
zatbesi
asid folik
vitamin b kompleks
vitamin D
vitamin E 
 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan