chop!

Ahad, 9 November 2014

KELEBIHAN MAKANAN ORGANIK

Organik bermaksud asli,semulajadi dan tidak tercemar.Makanan yang mengandungi terlalu banyak bahan kimia boleh menjejaskan fungsi sistem imun manuasia sehingga mengakibatkan pelbagai penyakit seperti obesiti,tekanan darah tinggi,diabetes,jantung dan banyak agi.Amalan pemakanan yang sihat menggunakan bahan makanan yang bermutu akan membekalkan zat terbaik dan menghasilkan kesihatan yang unggul.Makanan organik ialah produk pertanian yang bebas daripada baja,,bahan kimia atau bahan tambahan yang boleh memudaratkan kesihatan.

KELEBIHAN MAKANAN ORGANIK
  • Kurangkan risiko penyakit
- Menurut kajian yang dijalankan ,kandungan agen antioksida di dalam makanan organik ialah 50 peratus lebih banyak daripada makanan yang mengandungi bahan kimia.Agen ini membantu dalam mengatasi penyakit jantung dan kanser.

  • Kandungan nutrien yang tinggi 
- Nutrien yang terkandung di dalam makanan organik adalah tinggi berbanding makanan yang diproses. Iannya kaya dengan vitamin,serat,garam galian seperti besi dan zink.Makanan organik boleh menyimpan kandungan nutrien dalam jangkamasa yang lama.

  • lebih bersih
- Makanan organik adalah makanan yang lebih bersih memandangkan ianya melalui proses semulajadi.Bahan kimia memang mampu untuk menyubur,mencantik ,mengelak tumbuhan atau haiwan dari serangan penyakit tetapi ianya akan memberi kesan yang tidak baik ke atas kesihatan kita.

  • Lebih sedap
- Makanan organik adalah lebih sedap berbanding makanan yang bukan organik.Kebanyakan makanan bukan organik di pasaran  terutamanya  sayuran dan buahan tidak sedap rasanya kerana ianya telah diubahsuai daripada segi genetik agar kelihatan segar ,menarik dan tahan lama.Walaupun luaran nampak cantik ianya tidak sesedap makanan yang ditanam secara organik.

  • Lebih selamat
-Kelebihan yang ada di dalam makanan organik adalah bermakna buat si kecil anda.Kebanyakan bayi dilahirkan dengan 200 zat yang mengandungi toksin dan karsinogen(agen yang boleh menyebabkan pertumbuhan barah dalam tisu hidup) di dalam tubuh masing-masing. Ketika mereka berusia dua tahun,sebahagian besar kadar toksin mencapai tahap paling maksimum.Dengan memberikan makanan organik kepada mereka, ia akan menurunkan jumlah karsinogen dalam darahnya.Ianya boleh mengelakkan si manja daripada terkena sebarang penyakit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan