chop!

Isnin, 17 November 2014

PERSEDIAAN PENYUSUAN SEJAK HAMIL

Sebaik sahaja anda disahkan hamil semestinya anda ingin menyusukan anak yang bakal lahit itu untuk memberi yang terbaik kepadanya.Saya ada serba sedikit panduan untuk kita kongsikan tentang titisan emas ini.

PERSEDIAN ILMU
 KELAS PENYUSUAN
Mungkin ramai yang anggap penyusuan susu ibu adalah semulajadi.Anggapan tersebut adalah salah kerana penyusuan susu ibu perlu dipelajari .Tanpa adanya ilmu dikhuatiri anda akan terkandas di pertengahan jalan nanti.Anda boleh menyertai kelas penyusuan semasa hamil yang biasanya di kendalikan oleh hospital atau klinik kerajaan secara percuma.Anda juga boleh menyertai kelas yang berbayar biasanya diadakan di hospital swasta ianya juga dikendalikan oleh kaunselor laktasi yang bertauliah.Sebaik-baiknya anda menghadiri kelas penyusuan susu ibu bersama-sama suami supaya suami tahu kebaikan susu ibu bagi mendapat sokongan penih darinya.

KUMPUL MAKLUMAT
Anda sepatutnya mencari sebanyak mana ilmu tentang penyusuan susu ibu ini terutama sekali faham tentang konsep dimana lebih kerap payudara dikosongkan lebih banyak penghasilan susu ibu. Anda boleh mencari ilmu tentang penyusuan ibu ini di lama-lama sosial,blog,buku,majalah atau forum.

NOMBOR TELEFON
Kaunselor laktasi adalah sangat diperlukan terutama semasa hari -hari pertama anda melahirkan kerana kadangkala susu mungkin tidak banyak atau tiada langsung.Anda perlu menyimpan nombor telefon pakar laktasi yang berkenaan untuk merujuk sebarang masalah yang timbul.

SERTAI KOMUNITI
Sertailah komuniti atau forum penyusuan susu ibu supaya anda mendapat sokongan daripada rakan-rakan lain yang sama-sama menyrtainya.Di Malaysia terdapat banyak komuniti susu iu yang bermatlamat menyokong para ibu agar lebih yakin menyusukan anak mereka.


PERSEDIAAN FIZIKAL
PEMAKANAN YANG SIHAT
Mengamalkan pemakanan yang sihat semasa hamil akan membantu pembentukan kelenjar-kelenjar susu di dalam tisu-tisu tubuh. Ia juga akan memudahkn pengaliran dan penghasilan susu ibu sejurus selepas bayi anda di lahirkan.Pastikan juga keprluan kalsium dan protein adalah mencukupi  dalam tubuh anda.

PILIHAN HOSPITAL
Pilihlah hospital yang menyokong sepenuhnya penyusuan susu ibu dan mesra ibu dan bayi.Berbincanglah dengan doktor sebelum anda melahirkan tentang hasrat anda untuk menyusukan bayi anda sebaik sahaja bayi dilahirkan.

PERALATAN PENYUSUAAN 
Bagi ibu yang berkerjaya adalah penting persediaan peralatan penyusuan susu ibu ini seperti pam payudara,coli penyusuan ,pelapik payudara,bekas penyimpanan susu ibu,beg pendingin,pek ais peti sejuk dan lain-lain bagi tujuan kelancaran penyusuan susu ibu untuk bayi anda kelak.Anda perlu bijak memilih pam payudara yang bergred hospital bagi menjayakan penyusuan susu ibu ini. Ianya sangat penting kerana anda perlu membuat stok-stok susu ibu perahan  untuk ditinggalkan kepada pengasuh apabila anda mula masuk kerja kelak.Peti sejuk juga penting kerana ianya boleh memanjangkan jangka hayat susu ibu perahan. untuk yang tidak bekerjaya pula peralatan-peralatan ini adalah juga penting jika bayi anda terpaksa ditahan di hospital berkemungkinan mengalami sebarang kompilikasi. 

KEBERSIHAN PUTING PAYUDARA
Membersihkan puting payudara setiap kali mandi adalah amalan yang patut dilakukan semasa anda hamil terutama di trismister terakhir kehamilan kerana kolustrum sudah terhasil dikhuatiri ianya akan tersumbat.Gunakan tuala bersih dan air suam untuk mencucinya.Elakkan penggunaan sabun di bahagian puting tersebut.

KENALI PAYUDARA ANDA
Anda perlu mengenali payudara sendiri.Nampak seperti hal ini sangat kecil tetapi ianya penting untuk mengetahui samada puting anda timbul atau tenggelam.Cara pemeriksaannya ialah tekan puting payudara anda dengan tapak tangan selama dua minit dan lepaskan.Jika puting kembali seperti biasa bermakna puting anda normal.Jika hampir seminit menunggu tiada apa-apa perubahan maknanya anda mempunyai masalah puting tenggelam.Masalah anda sudah dikenalpasti ianya akan memudahkan anda untuk mencari jalan penyeselaian lebih awal untuk mengatasi masalah tersebut.  

PERSEDIAAN EMOSI 
NIAT
Pasang niat dan berazam untuk menyussukan bayi yang bakal lahir sejak mula anda disahkan hamil.Setelah azam telah ditanam anda perlu menyuburkan azam tersebut dengan mencari seberapa banyak ilmu tetang penyusuaan ini melalui pembacaan ,perkongsian pengalaman dan sebagainya.Ianya sangat penting untuk anda lebih mudah untuk tidak berputus asa jika dalam perjuangan anda menyusui bayi anda mungkin menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran.

SOKONGAN
Niat anda ini anda boleh dikongsikan  dengan suami,ibu bapa,adik beradik dan rakan-rakan bagi mendapat sokongan penuh daripada mereka untuk menjayakan penyusuan susu ibu ini.Sokongan daripada suami adalah sangat penting.Oleh itu suami anda perlu juga mencari seberapa banyak maklumat tentang penyusuan susu ibi ini bagi menimbulkan kesedaran dan mengetahui peranan suami bai membantu anda menjayakannya.

BERDOA
sentiasa berdoa agar Allah S.W.T memudahkan proses perjalanan penyusuan ibu untuk anak anda yang bakal lahir kelak.Jadi selalulah dekatkan diri kepada-Nya kerana sesungguhnya Dia Maha Pemberi Rezeki kepada anak yang bakal lahir nanti iaitu susu ibu.


YAKIN
Anda hendaklah sentiasa yakin dan berfikiran positif bahawa anda akan menyusukan anak anda kelak. Yakinlah bahawa anda mampu untuk menyusukan anak anda sejurus selepas anak anda dilahirkan.konsep asas pengeluaran susu ibu juga anda patut ingat iaitu ada permintaan dan penawaran. Susukan bayi anda sekerap mungkin sebaik dilahirkan. Fahami juga anak anda hanya dapat kolostrum sahaja selepas dia dilahirkan dan ianya akan meningkat sedikit demi sedikit jika dia disusukan sekerap mungkin.
     

Tiada ulasan:

Catat Ulasan