chop!

Rabu, 5 November 2014

Petua Untuk Gigi

REDAKAN SAKIT GIGI
ambil putik kapas dan celopkan ke dalam esen pisang.Kemudian tekan atau sapukan pada gigi anda yang sakit.insyaallah sakit akan reda.


KUATKAN GIGI
Inginkan gigi yang kuat?Tumbuk sedikit halia dengan garam.kemudian campurkan dengan air.Kumur campuran air tadi setiap hari untuk hasil gigi yang lebih kuat.






SAKIT GERAHAM BONGSU
Jika geraham bongsu anda sakit,cubalah petua ini. Ambil sebiji limau nipis dan belah empat.Kemudian rebus bersama garam dan airsehingga mendidih.Selepas itu biarkan air rebusan tersebut menjadi suam.Kumur sekerap yang mungkin setiap hari sehingga sakit berkurangan.


GIGI PUTIH
Bagi mendapatkan gigi yang putih,campurkan daun bay kering dengan kulit oren kering
dan gunakan ia sebagai penyental gigi.Amalkan setiap hari untuk hasil yang memuaskan.
 


GIGI TAMBAH BERSERI
Ambil satu sudu garam halus dan campur dengan beberapa titisan air yang sedikit memadai menjadi lembab supaya senang untuk anda mencoleknya.Gosok garam tersebut pada gigi.Kemudian gunakan berus untuk gosokkan gigi anda.beruslah berulang kali.Ia akan menghasilkan gigi yang bersih dan berseri.


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan