chop!

Khamis, 6 November 2014

JOM DETOKS TUBUH SECARA SEMULAJADI!!

Toksin berpunca daripada terkumpulnya bahan kimia dalam tubuh yang terlalu banyak.Ianya berasal daripada racun pestisid udara yang dicemari asap rokok dan kenderaan yang meresap masuk ke dalam sel badan kita seterusnya merosakkan tisu organ. Sistem keimunan tubuh bertindak melawan menerusi proses hemeotasis dan mengeluarkannya menerusi proses perspirasi,air liur,najis ,haid,tahi telinga ,hingus dan tahi mata. Ini merupakan tindakan pertama tubuh terhadap toksin.Jika imun masih tidak boleh mengendalikan  toksin ,badan akan mewujudkan ruang penyimpanan di luar sel untuk toksin.Dengan cara ini , badan tidak membenarkan toksin dalam sel di mana ia boleh melakukan kerosakkan yang tidak boleh diperbaiki.
Toksin di dalam tubuh yang berlebihan akan ditandai dengan pelbagai masalah kesihatan seperti resdung pada waktu pagi ,lenguh-lenguh dibahagian sendi,pening dan sakit kepala tanpa sebab,tumbuhnya ruam apada kulit.Badan yang mempunyai toksin yangn berlebihan juga akan menjadi punca obesiti apabila usaha untuk turunkan berat badan tidak berjaya walaupun telah mencuba pelbagai cara serta diet yang seimbang.
Anda boleh melakukan sendiri rawatan detoks di rumah untuk menyingkirkan lambakan toksin yang berbahaya di dalam organ-organ penting badan seperti sistem limfa,buah pinggang,usus besar dan hati

Antara langkah-langkah untuk detoks adalah:

MINUM AIR DALAM JUMLAH YANG BANYAK
Air adalah penyembuh kepada banyak penyakit.Saranan meminum dua liter air sehari membantu menyingkirkan "longgokan"toksin di dalam badan .Air bertindak sebagai agen yang mengalir ke dalam darah yang akan mengangkut keluar toksin dan mengeluarkannya melalui buah pinggang sebagai air kencing. Pross ini akan mencuci kotoran di dalam darah dengan mudah. Semakin banyak air diminum semakin cepat proses toksin disingkirkan.

HADKAN PENGAMBILAN BAHAN KIMIA
Dalam tempoh detoks ini,anda disarankan untuk mengehadkan pengambilan sebarang bentuk yang mengandungi bahan kimia terutama ubat oenahan sakit yang akan memberikan impak negatif pada hati.

ELAKKAN MAKANAN BERPROSES
Makanan yang berproses sudah tentu mengandungi pengawet,perasa dan pewarna yang akan mengganggu proses nyahtoksin yang sedang dijalanakan. Biskut,burger,kek makanana dalam tin dan minuman jus dalam kotak adalah makanan dan minuman yang perlu anda jauhi semasa proses ini.

HADKAN KAFEIN
Hadkan pengambilan makanan atau minuman berkafein tidak melebihi 250mg sehari.Makanan yang mengandungi kafein seperti kopi,coklat,teh perlu dielakkan kerana ia akan menyebabkan ketagihan kepada makanan yang manis.


HINDARI MAKANAN BERGULA
Elakkan mengambil gula berproses kerana ia melambatkan proses detoks .Selain itu gula juga boleh menyebabkan ketagihan yang akan menyukarkan anda untuk menolak makanan yang manis dalam menjalankan pemakanan yang seimbang. Gantikan gula putih kepada pemanis semulajadi seperti manisan buah-buahan ,madu,stevia dan nektar.


BERSENAM
Jangan lupa untuk bersenam.Melalui senaman yang dilakukan secara berkala,anda boleh mengeluarkan toksin menerusi peluh.bersenam sejam sehari melalui jogging,aerobik atau berjalan kaki.

BANYAK MEMAKAN SAYUR-SAYURAN
Ambil sajian sayur-sayuran yang mampu nyahkan toksin dalam badan.Sayur seperti brokoli,taugeh dan bunga kobis serta bawang besar.Selain itu sayur berdaun hijau seperti bayam,kangkung dan sawi serta sayur berwarna gelap seperti terung ,kentang,tomato dan lada benggala.

MAKANAN BERSERAT TINGGI
Makanan brserat adalah seperti oat,beras perang jangan dilupa bagi mengantikan nasi,mee atau pasta.

BUAH-BUAHAN DAN KEKACANG
Gantikan kudapan anda yang berminyak dan kurang sihat dengan buah-buahan segar.Jadikan sebagai jus untuk diminum tetapi jangan ditambah gula.Selain itu anda boleh mengambil kekacang seperti badam,walnut,biji bunga matahari dan biji labu yang dipanggang tanpa minyak.Isi kelapa muda juga boleh dijadikan sebagai kudapan semulajadi untuk bantu proses detoks anda.

MINUM MINUMAN YANG SIHAT
minuman seperti teh hijau,susu,air kelapa yang dicampur dengan lemon boleh diamalkan dalam proses detoks ini jika bosan meminum air kosong.

 

 


 
 

3 ulasan: