chop!

Selasa, 11 November 2014

BAKAR KALORI..KERJA RUMAH?

Adakah anda tahu bahawa dengan melakukan kerja-kerja rumah seperti menyapu,berkebun,membasuh kereta,mengemop dan sebagainya akan membakar kalori anda dengan berkesan.ini adalah kerana aktiviti berkenaan akan mengeluarkan peluh.
Memiliki tubuh yang diidamkan dengan membakar kalori sememangnya mengambil masa yang agak lama.malah belum tentu anda mempunyai masa yang betul-betul tersusun untuk mengikut jadual untuk ke pusat gim atau berjogging di taman melainkan anda mengetahui rahsia penurunan kalori paling cepat adalah melakukan kerja-kerja rumah sahaja.


CARA BAKAR KALORI DALAM BADAN DENGAN MELAKUKAN KERJA RUMAH

Membasuh kereta
-membasuh kereta selamasetengah jam membantu membakar 143 kalori .Anda boleh membakar lebih kalori jika anda melakukan beberapa 'teknik'seperti melunjurkan kaki saat membasuh kereta,melakukan lompatan mahupun mengelilingi kereta anda.

Berkebun
-Melakukan aktiviti berkebun mampu membakar sebanyak 265kalori setiap jam.Melakukan senaman squad ketika bercuck tanam boleh menghasilkan tubuh yang diidamkan dan jika diteruskan pembakaran kalori boleh meningkat 306 setiap kali anda berkebun.

**senaman squad
Pertama, berdiri lurus. Kemudian rendahkan punggung anda ke bawah secara perlahan-lahan, dan bukannya lutut anda ke bawah (lutut sehingga bahagian bawah kaki sepatutnya tidak bergerak banyak, statik lebih baik). Sekiranya anda dapati otot hamstring (peha belakang) anda meregang, maka anda berjaya melakukan senaman ini dengan betul.



Membasuh Pakaian
-Sama ada menggunakan mesin basuh atau basuhan tangan,percaya atau tidak bahawa anda mampu membakar kalori sebanyak 144 . Melakukan senaman squad apabila anda sedang mengutip pakaian diikuti dengan mencangkung dan bangun semula selama 30saat ,diulangi sehingga selesai membasuh pakaian boleh meningkatkan pembakaran kalori sehingga kepada 178.


Mengemop 
-Dengan mengemop lantai anda mampu untuk membakar kalori sehingga 112 setiap setengah jam. Membersihkan permaidani ,mengemop lantai 3 kali seminggu membantu bahu dan tangan anda bersenam dengan cara mudah. Selepas ini jadikan aktivitimengemop lantai sebagai satu aktiviti wajib suat setiap minggu.


Mengosok baju
Anda dapat membakar sebanyak 113.1 kalori jika anda menghabiskan masa satu jam untuk menggosok baju. Add a bit more fun to it dengan meletakkan tempat gantung baju sedikit berjauhan dari tempat anda menggosok, maka anda perlu lebih banyak bergerak dan dapat membakar lebih banyak kalori.
- See more at: http://www.gua.com.my/seroja/sihat_cantik/Bakar_Kalori_Dengan_Membuat_Kerja_Rumah.html#sthash.1eexBNRp.dpuf

-Anda dapat membakar sebanyak 113.1 kalori jika anda menghabiskan masa satu jam untuk menggosok baju. Ia adalah lebih seronok jika anda meletakkan tempat gantung baju sedikit berjauhan dari tempat anda menggosok, maka anda perlu lebih banyak bergerak dan dapat membakar lebih banyak kalori.

Mencuci tingkap
  -Tahukah anda bahawa mencuci tingkap juga mampu membakar kalori kita.Mencuci tingkap   selama satu jam dapat membakar sebanyak 180.3 kalori. 

Memasak
- Sebagai seorang isteri mahupun ibu, memasak sememangnya aktiviti wajib hampir setiap hari. Baik hanya masak untuk sarapan pagi mahupun makan malam, aktiviti ini sememangnya dapat membakar kalori. Jika anda memasak selama satu jam, anda berjaya membakar 150 kalori.








Selain dapat mengekalkan kebersihan rumah, secara tak langsung anda juga telah mengamalkan gaya hidup sihat serta mendapatkan bentuk badan yang diidamkan. Jadi, jangan pernah merungut jika rumah terlalu bersepah dek anak-anak yang lasak. Jadikan ia motivasi buat anda bersenam.







Ahad, 9 November 2014

ZINK SHAKLEE



APA itu ZINK?
Zink adalah nutrien yang diperlukan untuk kekal sihat. Zink didapati dalam sel-sel di seluruh badan. Ia membantu sistem imun melawan menyerang bakteria dan virus . Badan juga memerlukan zink untuk membuat protein dan DNA , bahan genetik dalam semua sel-sel. Semasa mengandung, bayi, kanak-kanak dan, badan memerlukan zink untuk membesar dan berkembang dengan betul. Zink juga membantu luka sembuh dan adalah penting untuk deria rasa dan bau.

SIAPA PERLUKAN Zinc Complex
  • Lelaki dan Wanita dari bayi sampai ke tua
  • Wanita Mengandung dan Menyusu
  • Orang yang mempunyai pembedahan,gastrousus seperti pembedahan berat badan, atau yang mempunyai gangguan pencernaan , seperti ulser kolitis atau penyakit Crohn . Syarat-syarat ini kedua-duanya boleh mengurangkan jumlah zink yang badan menyerap dan meningkatkan jumlah yang hilang dalam air kencing .
  • Vegetarian kerana mereka tidak makan daging, yang merupakan satu sumber yang baik zink. Juga, kacang dan bijirin mereka biasanya makan mempunyai sebatian yang menyimpan zink daripada diserap sepenuhnya oleh badan. Atas sebab ini, vegetarian mungkin perlu makan zink sebanyak 50% lebih daripada jumlah yang disyorkan.
  • Bayi yang menyusu lama kerana susu ibu tidak mempunyai zink yang cukup untuk bayi lebih 6 bulan umur.Makanan yang mempunyai zink seperti daging puri adalah disarankan.
  • Alcoholics kerana minuman beralkohol mengurangkan jumlah zink yang badan menyerap dan meningkatkan jumlah yang hilang dalam air kencing.
 
KEBAIKAN Zinc Complex
  1. Meningkatkan sistem imun - membantu pengeluaran kelenjar thymus yang mengeluarkan T-cells untuk menentang cancer dan menghalang infection penyakit.
  2. Diabetis - membantu pengeluaran insulin dan mengekalkan fungsi insulin
  3. Kanser prostat - pengambilan zinc dapat mengurangkan pembengkakan prostat sebanyak 70%
  4. Ovulasi wanita - wanita memerlukan zinc untuk ovulasi. Zinc juga membantu pengucupan uterus membantu mengembalikan daya ketahanannya
  5. Memperbaiki radang kulit - Pengambilan zinc dapat memperbaiki radang kulit seperti akne dan jerawat
  6. Jerawat - Zinc bertindak dengan mengawal selia jumpah testosteron dalam badan yang memainkan peranan dominan dalam menyebabkan jerawat. Zinc juga menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat
  7. Kelesuan kronik
  8. Mengekalkan deria bau - Mengekalkan deria bau yang sihat dan sensitif
  9. Kemampuan seks lelaki - zinc yang secukupnya penting untuk keupayaan seks yang bertenaga dan meninggikan kiraan sperma
  10. Gugur rambut / botak - zinc mengaktifkan 200 jenis enzim dan meransang regenerasi sel. Ini dapat memelihara pertumbuhan dan perkembangan sel
  11. Membentuk kolagen - Zinc membantu pembentukan protein dan kolagen untuk pertumbuhan dan perkembangan kuku, kulit dan organ.
  12. Penyembuhan luka yang cepat - zinc mempercepatkan pemulihan luka luar dan dalam dan memperbaiki alergy
  13. Rabun malam
KESAN KEKURANGAN ZINK?

Ianya akan  menyebabkan
  • pertumbuhan perlahan dalam bayi dan kanak-kanak,
  • perkembangan seksual lambat di kalangan remaja dan mati pucuk di kalangan lelaki.
  • rambut gugur,
  • cirit-birit ,
  • mata dan kulit luka dan
  • hilang selera makan.
  • Kehilangan berat badan,
  • masalah dengan penyembuhan luka,
  • keupayaan untuk rasa makanan, dan
  • tahap kecerdasan yang rendah juga boleh berlaku.


berminat untuk mencuba produk dari shaklee ini pm/whatapps lynn 0135338384 Untuk keterangan lanjut.. @ order sendiri secara online -----> saya perlukan zink.

KELEBIHAN MAKANAN ORGANIK

Organik bermaksud asli,semulajadi dan tidak tercemar.Makanan yang mengandungi terlalu banyak bahan kimia boleh menjejaskan fungsi sistem imun manuasia sehingga mengakibatkan pelbagai penyakit seperti obesiti,tekanan darah tinggi,diabetes,jantung dan banyak agi.Amalan pemakanan yang sihat menggunakan bahan makanan yang bermutu akan membekalkan zat terbaik dan menghasilkan kesihatan yang unggul.Makanan organik ialah produk pertanian yang bebas daripada baja,,bahan kimia atau bahan tambahan yang boleh memudaratkan kesihatan.

KELEBIHAN MAKANAN ORGANIK
  • Kurangkan risiko penyakit
- Menurut kajian yang dijalankan ,kandungan agen antioksida di dalam makanan organik ialah 50 peratus lebih banyak daripada makanan yang mengandungi bahan kimia.Agen ini membantu dalam mengatasi penyakit jantung dan kanser.

  • Kandungan nutrien yang tinggi 
- Nutrien yang terkandung di dalam makanan organik adalah tinggi berbanding makanan yang diproses. Iannya kaya dengan vitamin,serat,garam galian seperti besi dan zink.Makanan organik boleh menyimpan kandungan nutrien dalam jangkamasa yang lama.

  • lebih bersih
- Makanan organik adalah makanan yang lebih bersih memandangkan ianya melalui proses semulajadi.Bahan kimia memang mampu untuk menyubur,mencantik ,mengelak tumbuhan atau haiwan dari serangan penyakit tetapi ianya akan memberi kesan yang tidak baik ke atas kesihatan kita.

  • Lebih sedap
- Makanan organik adalah lebih sedap berbanding makanan yang bukan organik.Kebanyakan makanan bukan organik di pasaran  terutamanya  sayuran dan buahan tidak sedap rasanya kerana ianya telah diubahsuai daripada segi genetik agar kelihatan segar ,menarik dan tahan lama.Walaupun luaran nampak cantik ianya tidak sesedap makanan yang ditanam secara organik.

  • Lebih selamat
-Kelebihan yang ada di dalam makanan organik adalah bermakna buat si kecil anda.Kebanyakan bayi dilahirkan dengan 200 zat yang mengandungi toksin dan karsinogen(agen yang boleh menyebabkan pertumbuhan barah dalam tisu hidup) di dalam tubuh masing-masing. Ketika mereka berusia dua tahun,sebahagian besar kadar toksin mencapai tahap paling maksimum.Dengan memberikan makanan organik kepada mereka, ia akan menurunkan jumlah karsinogen dalam darahnya.Ianya boleh mengelakkan si manja daripada terkena sebarang penyakit.