chop!

Khamis, 30 Oktober 2014

IBU STRESS URUSKAN ANAK-ANAK?

Menjadi seorang ibu bukannya mudah seperti yang difikirkan.Kadang ada ketika terdetik dalam fikiran penatnya menjadi seorang ibu.Tekanan dan stress sebenarnya ada di mana-mana,yang penting kita sebagai ibu bijak menangganinya . Saya ada tip yang mudah untuk dikongsikan dengan anda semua untuk kurangkan tekanan dalam kehidupan sebagai seorang ibu.



Antara tip yang boleh kurangkan tekanan dan hidup lebih ceria adalah :

  1. Tekanan dan stress adalah satu sistem penggera semulajadi yang ada dalam badan manusia.Rasa tertekan sebagai seorang ibu adalah pekara biasa .Jadi tidak perlu risau ok.Teruskanlah hidup anda seperti biasa.
  2. Dapatkan pertolongan daripada ahli keluarga atau rakan terdekat jika anda berasa sangat tertekan. Minta tolong suami untuk bantu anda dalam urusan anak-anak atau luahkan perasaan pada ibu atau kakak jika benar-benar tertekan.
  3. Manjakan diri anda dengan aktiviti-aktiviti yang menarik hanya untuk anda seperti pergi ke spa,membeli belah,keluar bersama rakan-rakan perempuan dan sebagainya.
  4. Utamakan apa yang perlu.Memang tidak dinafikan sebagai seorang ibu tentu banyak yang perlu anda fikirkan untuk anak-anak.Sesekali kurangkan aktiviti anda bersama anak-anak,sekurang-kurangnya anda dapat berehat.
  5. Penting untuk anda percayakan diri anda sendiri sebagai seorang ibu.Tidak perlu membandingkan cara anda dan ibu lain membesarkan anak-anak kerana anda mempunyai cara tersendiri yang mugkin lebih baik dari ibu-ibu lain.
  6. Jangan lupa untuk menjaga diri anda juga.Jaga makan,tidur yang cukup dan bersenam 3 kali dalam seminggu serta banyakkan berdoa semasa kita mendirikan solat supaya dipermudahkan oleh-Nya dalam melakukan kerja-kerja kita seharian.
  7. Mengetahui tanda-tanda anda tertekan adalah juga penting supaya anda dapat bertenang dan mengawal kemarahan sekiranya anak-anak buat perangai.
  8. Jalani kehidupan yang lebih menyeronokkan dengan keluarga anda.Keluar berkelah dihujung minggu ,menonton wayang bersama ,bergelak ketawa pasti anda akan berasa lebih tenag tanpa sebarang tekanan.

7 ulasan:

  1. Memang xdapat disangkal surirumahtangga memang stress..stress dgn anak2,keje rumah yang xpenah siap2..ada je kerjanya seharian..so ibu-ibu jangan lupa amalkan sebiji b complex sehari untk bertenaga sepanjang hari..bil bertenaga mesti happy je so stress pun takut nak dekat

    BalasPadam
  2. Ibu mana yg xde stress.. lagi2 ibu2 di zaman serba pantas skrg ni.. semuanya nak cepat je.. Tapi bertenanglah dengan istighfar dan zikir2.. pastu amik B Complex Shaklee sebiji sehari.. insyaAllah, segalanya dipermudahkan..

    http://zarahealthylife.blogspot.com

    BalasPadam
  3. Stress dgn anak2. Tp bila anak2 buat kita ketawa.. stress hilang .

    Jom Baca: cara kurus dengan selamat

    BalasPadam
  4. anak2 pengubat duka.walaupun stress kejap je ilang

    http://jommsihatdancantik.blogspot.com/2014/11/otot-sengal-selepas-berolahraga.html?m=1

    BalasPadam
  5. itu dah normal bila bergelar ibu...bila ank tak ada depan mata mulalah risau.

    BalasPadam