chop!

Selasa, 28 Oktober 2014

PUNCA KETIDAKSUBURAN

Selepas enam bulan mencuba untuk hamil namum gagal, anda dan suami harus mendapatkan pemeriksaan doktor bagi mengenalpasti punca ketidaksuburan di kedua-dua belah pihak.

WANITA
GANGGUAN TELUR
Keseimbangan hormon penting untuk hamil. Hormon yang tidak seimbang akan menjadi proses ovulasi terganggu dan menyebabkan telur tidak matang. Keseimbangan hormon boleh terganggu jika anda mempunyai berat badan yang kurang atau terlalu berat.,mengalami perubahan berat badan yang mendadak dalam masa yang singkat dan mahupun kelenjar tiriod tidak berfungsi denga baik. Oleh itu ujian hormon boleh dilakukan untuk kenalpasti puncanya.


SALURAN FOLLOPIO TERSUMBAT
Masalah ini berlaku mungkin disebabkan oleh jangkita kuman yang menyebabkan sebahagian atau sepenuhnya tiub follopio tersumbat. Antara sebab lain yang mungkin berlaku adalah kandungan di luar rahim di mana janin menempel di tiub fallopio dan bukannya rahim atau ia disebabkan oleh endometriosis .Ujian HSG atau Laparoshopi(Hysterosalpingogram)dapat mengenal pasti punca masalah ini.


ENDOMETRIOSIS
Ia berlaku apabila endometrium (tisu dari selaput rahim) berkembang dan tumbuh di luar rahim.Mungkin terdapat sedikit tisu endometrium yang melalui tiup follopio ke ruang perut semasa kitaran haid. Hal ini menyebabkan organ berdekatan perut melekat sesama sendiri dan menyebabkan kesakitan haid. Laporoskopi akan membantu punca dikenal pasti.

DISERANG ANTIBODI
Dalam kes yang jarang berlaku ini,tubuh tidak dapat mengenalpasti sel telurnya dan sistem imunisasi akan membentuk antibodi yang akan menyerang sel gamet(telur dan sperma). Kes dimana antibodi menyerang sel sperma lelaki lebih banyak berlaku.Disebabkan itu sel sperma tidak dapat memasuki bahagian rahim dan persenyawaan tidak dapat dilaksanakan.

MASALAH PADA RAHIM
Fibroid rahim adalah ketumbuhan yang sering terjadi kepada wanita.Ia adalah keadaan dimana terdapat ketumbuhan di dalam rahim(tidak mengakibatkan kanser) yang terbentuk daripada lapisan otot dan tisu penghubung di dalam rahim. Ia boleh membesar dan menyebabkan kesakitan semasa haid. Pemeriksaan ultrasound boleh membantu mengenalpasti punca masalah ini.

LELAKI
SPERMA TIDAK MATANG

Masalah berlaku apabila lelaki tidak dapat menghasilkan sperma normal yang bergerak bebas dan mencukupi. Kegagalan menghasilkan sperma mencukupi mungkin berpunca daripada jangkitan kuman semasa kanak-kanak.Pembuluh darah yang membengkak pada alat sulit kelamin boleh membawa kepada masalah kualiti sperma yang rendah. Penyebab lain adalah gangguan hormon,tekanan perasaan ,faktor alam sekitar,masalah keturunan seperti kerosakan pada genetik.Jangkitan virus seperti selesema juga boleh membawa kepada kekurangan kualiti sperma tetapi ia hanya bersifat sementara.Analisis sperma diperlukan untuk kenalpasti masalah ini.

GANGGUAN PENGANGKUTAN SPERMA
Dalam 4% daripada kes-kes ketidaksuburan lelaki ,air mani mencukupi dapat dihasilkan tetapi tidak dapat memasuki tubuh wanita kerana salut duktus yang mengankut air mani tersebut tersumbat.Situasi ini sama dengan masalah tiup follopio tersumbat.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan