chop!

Ahad, 26 Oktober 2014

AIR KOSONG...BERAPA BANYAK PERLU DIMINUM?..

Pengambilan air yang mencukupi secara konsisten akan membekalkan sumber mineral terpenting dalam keseimbangan tubuh badan kita.

Antara fungsinya ialah:

  • Untuk memastikan tubuh tidak terhidrat dan mengawal suhu tubuh pada tahap yang normal.
  • Memastikan supaya organ-organ seperti mulut,mata dan hidung sentiasa dalam keadaan lembab dan boleh berfungsi dengan baik.
  • Mengurangkan bebanan kerja buah pinggang dalam berfungsi menyingkirkan bahan buangan dan toksin melalui air kencing.
  • Air juga adalah agen bagi membawa nutrien dan oksigen kepada sel tubuh yang memerlukan.
  • Air bertindak juga sebagai agen pelincir pada sendi-sendi dan dapat elakkan mendapat penyakit sendi dalam jangka masa panjang.
  • Melarutkan semua mineral bagi penyerapan oleh tubuh badan kita.


Formula pengiraan bagi mengetahui jumlah air yang perlu diminum dalah seperti berikut:

Sebanyak 1 liter untuk setiap 25kg berat badan kita.
contohnya : katakan berat badan anda 75kg maka pengiraannya ialah:
25kg=1liter
75kg bahagi 25 kg = 3liter
maka jumlah air yang diperlukan oleh tubuh anda ialah 3 liter sehari.


Minum air pada kuantiti yang diperlukan oleh tubuh kita secara sekaligus adalah cara yang salah.Misalnya badan anda memerlukan 2 liter sehari,maka anda meminum dan menghabiskan air sebanyak itu selama 2 jam sahaja.Perbuatan tersebut adalah sama sekali salah kerana badan kita tidak dapat bekalan air yang berterusan untuk menampung pelbagai proses di dalam badan setiap hari.Jadikan rutin meminum air setiap setengah jam sebagai amalan. Pastikan anda mengambil air pada kuantiti yang kecil seperti segelas setiap kali minum dan usah tunggu sehingga rasa haus untuk minum air. penyakit seperti cirit-birit,muntah,batu karang dan jangkitan pada pundi kencing memerlukan kuantiti air yang banyak untuk memulihkan kualiti kesihatan anda. Bagi pesakit kegagalan buah pinggang dan hati pula perlu merujuk kepada pakar untuk mengetahui jumlah air yang perlu diambil kerana pesakit penyakit ini tidak boleh meminum air dalam jumlah yang banyak. Jika anda bersukan pengambilan air sebelum , semasa dan selepas bersukan adalah disarakan untuk mengantikan air yang keluar dari badan melalui proses perpeluhan.Jika anda adalah ibu yang sedang hamil atau sedang menyusukan bayi,pengambila air yang lebih iaitu 3 hingga 4 gelas sehari adalah disarankan.


Tanda-tanda badan kita terhidrat ialah:
  • kepenatan
  • keletihan
  • kekeringan di dalam mulut
  •  rasa sakit ketika kencing
  • gejala sembelit
  • sakit kepala
  • pertambahan berat badan
  • sakit otot
  • ketidakstabilan emosi

Kelebihan meminum air yang mencukupi:
  • melancarkan proses dalam sistem tubuh badan
  • menyahtoksikkan badan dengan cara semulajadi
  • kulit akan sentiasa lembab dan awet muda
  • melambatkan proses pengecutan kulit
  • badan sentiasa cergas dan ringan disamping membantu kurangkan berat badan.

INFO: Jangan meminum air terlalu banyak kerana khuatir akan menyebabkan jumlah elektrolit dalam badan akan hilang. Untuk mengantikan elektrolit yang hilang anda disarankan untuk meminum minuman isotonik atau menambah secubit garam di didalam air kosong sebelum minum.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan