chop!

Ahad, 26 Oktober 2014

RAHSIA PEMAKANAN ILMUWAN ISLAM



MADU

Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia sebagai shifa(penyembuh penyakit) . Madu didapati berkesan untuk merawat penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan otak bekerja seperti berfikir,membaca , merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh sehari pada waktu pagi dan malam.






KISMIS


Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan menghadap kiblat ,membaca bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.



SUSU SEGAR

Susu berguna untuk kesihatan otak,menajamkan ingatan,membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing,biri-biri dan lembu yang segar.Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.




TELUR

Amat bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Pakar perubatan kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang terbaik adalah telur ayam kampung.





HALIA

Sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa yang dimakan dalam kuantiti yang sedikit pada waktu pagi.





DELIMA

Nabi Muhammad SAW besabda :" Seaiapa yang memakan buah delima keseluruhannya , sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari."







Tiada ulasan:

Catat Ulasan