chop!

Jumaat, 20 Jun 2014

Kenali alfafa shaklee

      Alfalfa adalah tumbuhan yang jarang diperkatakan. Mungkin kerana ia bukan berasal dari negara kita. Alfalfa sebenarnya sejenis tumbuhan/herba yang sangat kaya dengan nutrisi.
       Alfalfa Shaklee merupakan produk pertama sekali yang dicipta oleh Dr. Forrest C Shaklee pada tahun 1950an. Maka Alfalfa Shaklee merupakan produk signature Shaklee Corporation.
       Kenapa Dr. Shaklee memilih Alfalfa Shaklee sebagai supplemen pertama? Alfalfa merupakan herba tradisional masyarakat orang putih dan mereka menggunakan Alfalfa untuk pelbagai jenis keadaan kesihatan terutamanya bagi wanita selepas bersalin. Oleh sebab Alfalfa mempunyai banyak kebaikan kepada wanita, lelaki dan kanak-kanak, maka Dr. Shaklee merumuskan formula Alfalfa menjadi supplemen Alfalfa Shaklee yang sangat-sangat memberi manfaat kepada semua golongan.
      Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien. Alfalfa Shaklee mengandungi vitamin B, C, E dan K dalam jumlah yang seimbang. Ia juga mengandungi mineral kalsium, magnesium, kalium, fosforus, zat besi, flourida, protein, mineral surih, serat, dan asid lemak. Ia juga dikenali sebagai "raja segala tumbuhan".Alfalfa bermanfaat dalam penyerapan protein, dan karbohidrat. Alfalfa juga bertindak sebagai pembersih darah.        Alfalfa juga telah digunakan sekian lama di Afrika sebagai milk booster untuk ibu yang menyusukan anak.

       Di antara vitamin dan mineral yang terkandung di dalam Alfalfa Shaklee adalah:

    Vitamin A - Untuk penglihatan. Membina ketahan terhadap jangkitan, terutamanya dalam saluran pernafasan: menggalakan pertumbuhan sel, menggalakan kulit yang sihat.
    Vitamin E - melindungi sel-sel daripada sinar uv, kesihatan jantung, kardiovaskular, kesihat otot, memperbaiki sistem imun badan, menguatkan dinding pembuluh darah, membantu fokus mata.
    Vitamin B6 - membantu asimilasi makanan dan metbaolisme protein dan lemak, menggalakan kesihatan saraf dan kulit, membantu mengurangkan loya bagi ibu hamil.
    Vitamin K - penting bagi pembekuan darah, penting dalam fungsi hati
    Vitamin D - mengawal penggunaan kalsium dan fosforus di dalam badan
    Kalsium - membina dan mengekalkan kesihatan tulang dan gigi, membantu pembekuan darah, mengawal rentak jantung, membantu pembinaan sel saraf dan fungsi saraf.
    Zat besi - diperlukan dalam pembinaan hemoglobin
    Kalium - membantu fungsi otot, jantung, tindakbalas enzim dan untuk digest lemak.
    Fosforus - meningkatkan peranan tisu saraf.
    Sodium - mengawal keseimbangan cecair dalam badan
    Magnesium - mengelakkan sembelit, membantu fungsi otak dan melindungi kulit.
    dan banyak lagi vitamin dan mineral yang dijumpai yang tak dinyatakan di sini.

        Selain itu, Alfalfa juga kaya dengan protein di mana kandungan proteinnya 18.9% berbanding daging lembu, 3.3% berbanding susu dan 13.1% berbanding telur. Protein diperlukan untuk membina sel-sel tubuh badan kita. Kekurangan protein di dalam badan menyebabkan kita cepat lesu dan letih. Akar alfalfa pula yang memanjang ke dalam tanah mencari mineral penting yang tidak kesampaian oleh tumbuhan lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan